Pages

Thursday, August 30, 2012

Photo-shoot Props for engagement



Since we have a simple gile-giler punye engagement ceremony, so i put afford on photo shoot session, yes ! nothing much!  but PICTURE WORTH a THOUSAND WORD. so mengigih design props untuk photoshoot pukol 2 pg tadi. 


so progress pagi tadi adalah seperti diatas ini, tp just now sudah di print.. so tggu je outcomenye ye.. can't wait oooooo...

rujuk gambar diatas :
1 - adalah quotes2 yg dikumpol sblm mendapatkan the right+suit font
2 - Tag2 yg tonggang langggang (belom siap lg time tu..hihii)
3 - research and contoh2, ada 2 piece dari kawan saya jugak.




*tgh nerves gak nihhh..Zam dah blik kg dari hr selasa tu lg..saya?? jap g kua opis trus cabuttttttttsssss ke pudu

Wednesday, August 29, 2012

raya dan pertukaran tarikh


Belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua.Syawal kan sebulan..hehhe..

Raya kedua, family saya didatangi "seseorang" ke rumah, menyatakan hasat pertukaran tarikh pertunagan. APA?? tukar lagi?

haha..postpone ke 1 SEPTEMBER 2012, so tak jadi on 31 AUGUST 2012 spt yg saya gemburkan dalam entry sblm ni. Sebab mama Zam tu bru realize, 31 ogos itu adalah hari JUMAAT.. makanya parents saya pon bersetuju.ON aje,tukar ke next day. 1 September 2012, klo buat jumaat,masa akan tergangu sbb time kaum2 Adam hendak menunaikan Solat Jumaat.



So, mlm tadi mummy menghabarkan berita pertunagan saya kpd adik beradik, Pak Long, Pak Teh, Mak Ude, Pak Cu. dan menyatakan "kami buat macam org dulu2, tak de hantaran, jiran2 pon tak jemput, kedua belah pihak laki perempuan sahaja-majlis tertutup".. Alhamdulillah, rata2 mak pak sedara saya, OK je malah dorg lagi suka cara pertunagan macam ni.


calender 2013 diberi kepada kedua belah family untuk memudahkan perbincangan tarikh 


My preparation? Just baju kurung,kain yang dibeli oleh Incik Zam masa outstation awl tahun dlu, and a few props yg saya perlu design + print untuk kegunaan photoshoot dihari kejadian. 

Alhamdulillah segala perjanjian setelah disepakati, bukan mudah tetapi berkonsepkan stick to the plan
antaranya:

TIADA HANTARAN hanya BUAH TANGAN
keluarga rombongan(pihak Zam) selalunya tidak akan datang dengan tangan kosong, makanya, tuan rumah (pihak chill) juga turut menyediakan buah tangan untuk pihak rombongan bawa pulang. kami meletakkan SYARAT - TIDAK PERLU BERHIAS.. bring as it's. Bapak Zam kata,xperlu balas pon ok..but tidak lah sedap gitu kan..my mummy wanna bake her signature cake - Chocolate cake


JUMLAH ROMBONGAN
Tuan rumah perlu mengenal pasti jumlah kepala/Orang bukan KERETA.. boleh jadi 1 kereta naik sorg/berdua or  seramai mungkin,betul? kadang ada yang kata "kami datang 2 kereta" rupa rupanya kerete dimaksudkan adalah van or MPV.. boleh bygkan tak berapa yg akan turun dr perut "kereta" tu??

Ok..kira jumlah kepala/orang

kami amik pendekatan, MAKE SURE tiada penambahan or pengurangan org, jadi tidak menyusahkan pihak tuan rumah untuk menyediakan makanan..jikalau kurang makanan,tu yg buat tuan umah gelabah dan berpeloh makanan tak cukop .. kalau makanan lebih takpe!

 _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _


Chil+Zam belajar dari pengalama orang lain dan sedara mara terdekat, jadi sbb itulah kami membawa pendekatan baru untuk memudahkan, selalunya bila kata je nk BERTUNANG..confirm akan ada yg "IKOT" secara tiba-tiba kan..ini selalu terjadi..(maklumlah org melayu!)jika anda berada di pihak tuan rumah tidakkah anda merasa terkejut mahupun malu, jika tempat or makanan yg disediakan tidak memenuhi seramai rombongan yg datang?? Rombongn akan kata memeriahkan kan majlis, tetapi tuan rumah akan "terasa" ralat, so silalah amil kira ini semua untuk tidak menyinggung  mana2 pihak.

Moral of the story : kalau dgr sedara mara/jiran hendak meminang anak org, tidak perlu terhegeh2 nk ikot, melainkan anda DIJEMPUT.


untuk jumlah org yang datang..Segala update dari Zam saya sampaikan kepada parents..apa yang penting KERJASAMA ! (nada wonder pet)





*i dunno how to put it center of this page :p








*kami mengambil jalan semudah2nya untuk tidak menyusahkan diri kami dan pihak keluarga,doakan segalanya dipermudahkan, dilancarkan Allah S.w.t menuju ke hari bertunangan kami dan full of barakah.


#chillwritings#

Monday, August 13, 2012

RING hunting for my 31th

Salam Ramadhan yg ke 24



Moga hari ini kalian semua diberkati hendaknye, let me postpone kisah ke Bandung untuk memberi laluan yg lebih priority iaitu pencarian cincin or ring hunting..ke 31th? oh no..that my date not my age.

our engagement dah tak lama dah,one week after raya, so ada 2 minggu dari sekarang.

Bertuah hidup dizaman IT ni, tak tahu je terus ke search engine yg dipercayai.."google"  taip apa saja,selain daripada itu,bertanya kepada ibu masing2 untuk kepastian, mak2 ni power bab2 brg kemas.

Seriuslah this is the 1st time ever our entering "kedai emas" dgn ilmu emas yg tipis dan "bismillahi tawakkal tu alallah"sahaja terkumat kamit dibibirDugaan buat kami adalah cuti masing2 tak sama, Zam sgt bz,Allahmdulillah cuti Nuzul Al-quran,memanjangkan cuti kami, weekend tu just terjah kedai emas,terjah..terjah..dari shah alam.kl,sampai la kuala pilah..ring hunting namanya ! (cerita minggu lepas bru nk cerita mingu nih..)

Org lain 1,2 bulan dah g cari,we'all super gamble je, last weekend ahad+isnin (cuti Nuzul Al-Quran) kami settle beli 2 bentuk cincin !! masih dalam terkebil2 tp cincin sudah digenggaman.

Perancangan awal dalam kepala adalah utk engagement ring je, but tup2 Zam kata, beli je la sekali, emas makin naik..Naaahhhhh, terpinga2 la saya.. org yg tak pernah pakai brg kemas.




servey jgn tak servey,kegigihan dikala last minit kene jugak wat comparison.



Tips membeli barang kemas


  • Servey harga emas semasa 
  • Tanya kos upah pada setiap kedai- setiap design adalah berbeza kos upahnye.
  • kenal pasti kedai yang berada di bawah FGJAM  ataupon tidak,kalau di Kuala Pilah ,Negeri sembilan, mereka tidak ada harga standard spt kedai2 emas yg dalam persatuan, so lg murah sebenarnya.
  • sebolehnya2 servey 1,2 bln sblm (but we 2 hari..unbeliveble!)
  • buat research and tanya mak korang

cara kiraan harga sebentuk cincin

berat emas X harga 1 gram + harga upah = dapt la rege sebenar sebentuk cincin tu

contoh : 4gm X RM154 X RM45 = RM794


ayat lazim bila masuk kedai emas...sila berlagak skit macam "anak mami", klo rasa macam SA(sale assistance) wat muka kekwat sila lah blah.


ayat "anak mami celop" macam saya,

"saya nak tengok cincin 916 yang ada muka (muka maksud disini adalah yg berukir cam berbunga2)
"sekarang 916 berapa?"
"upah cincin ni berpa?
"nak tgk cincin batu, yang zirkon dgn yang diamond.
"saye nak cincin 916, tak mau ada chrome yer" (chrome-lapiasan warna silver yg disadur diatas emas 916)


contoh : cincin belah rotan berlorek/sadur chrome

ini sgt nipis, picit skit dah kemik

org cina kedai kata ini cincin ada "muka" (corak2) macam "mak2" this is sooo not me !




CINCIN BERTUNANG

Since we xde risik2,terus bertunang, my mom suggest beli cincin belah rotan,mencabar sbb saiz jariku adalah 8 atau 9 depend on design, p sana sini, design macam "mak-mak" corak, lorek bagai,adoi, by that time terus tahu minat cincin yg macam mana, i love band ring,clean,plain, sbb tebal dan baru rasa seperti pakai cincin,sbb iam worried if i missing the ring sbb design yg nipis.

lebih kurang gini,iam so simple person

Sebab apa cincin 916 jarang yang berbatu permata sbb emas jenis ini adalah lembut,tidak kuat utk "memegang" batu permata. untuk mememilih cincin belah rotan,pilihlah yang tebal dan padu,kalau yang terlampau nipis, cepat kemek.

ayat saya : "aunty,saya nk yang tebal yer" (bile tebal confirm lah berat kan, since Zam on je..i pon rembat !) saya mementingkan kepaduan emas dan kelebaran, sbb kalo nipis dan lebar macam tali tangsi,rasa cam tak pakai cincin pulak,mungkin tak perasan kalo lolos dari jari. Zam pon tak setuju ngn cincin belah rotan yg berlorek,corak bagai..dia rasa cam "macik2" me also..ahhah..


     

CINCIN KAHWIN (AKAD NIKAH)

Untuk cincin kawen,my mom and Zam suggest yang ada batu,lain skit dari cincin tunang.since Zam suruh beli on the spot,saya pon cam blur2, but ssh jugak nk buat keputusan since byk yang cun2, terus saya meletakkan kriteria seperti, design simple,mesti tebal,tak mahu ada lopong dibelakang cincin,mean i need yg padu dan tak mahu jenis batu yang di ikat tinggi ( sbb boleh tercarik baju ) saya memilih batu yg dibenam.

diikat tinggi,ni bahsa saya la..hahaha

camni la yg batu terbenan,rata je


and cincin ni saya rasa, Zam yang pilih and at the same time dia tanya "ok tak yang ni?", saya blur tp masih ikot guideline yg saya tetapkan, saya tgk dan compare2 dgn cincin2 yang SA keluarkan. pilih2, Dan kami berdua pon setuju dgn 1 design ni..mmg ikot kriteria.

but actually batu utama tu tidaklah terbenam sgt agak timbul skit dt batu2 sampingan, so belek2,tgk kepaduan..me proceed, and Zam kuakan duit..ngehh..ngehh..cincin nikah/kawen saya  adalah emas 750.

___________________________________________________________


actually saya tak berapa kisah fasal "brand", iam preferred keberatan emas,design, dan kemurahan upah yg boleh tawar menawar. Example cincin tunang 916 saya yang padu dan tebal tu klo ikot rege Poh Kong, Habib,Tomei untuk 3grm++ (saye xmau nyatakan gram sebenar,nnti org igt saya nk menunjuk tp perumpamaan la) sudah mencecah RM800++, but we just buy at the ordinary goldsmith at kuala pilah, but woww ! siap boleh tawar2..design yg sama dan boleh dapat 60% to 50% dari harga kat bandar or kedai emas yg masuk persatuan. Design+berat sama, rege siap bleh tawar..mana mau..pilihan ditangan anda,kotak? bleh cari lain..heheh

ni harga kat kuala pilah, klo kat kl 916 1gram 185/180..bandingkan sendiri


process pemilihan, sampai kebas jari !


saya rasa nilai cincin tunang saya lagi mahal dr cincin kawen sbb cincin tunang 916..cincin kawen 750 yang diamondnye klo ditimbang atas timbangan desimeter xdapat baca bacaan sebenar 750, but then bile pikir balik..bukan la cincin2 ni nk ditrade in,cuma saya terfikir cara pelaburan plak..hehhe kalau nk buat pelaburan iam prefered 999, 916.

"Alhamdulillah, settel dua benda dalam 1 hari" kata Zam



Zam suruh saya pegang dlu cincin tu, and klo dalm gengaman saya dok dalam bilk asik try2 je le kejenye.blur2 pon akhirnya dah begaya2 depan cermin sorang2, jatuh cinta jugak dgn cincin kawen pilihan mata Zam dan atas persetujuan bersama juga..huhuuu..

Raya ni saya bwk balik 2bentuk cincn tunjuk kat mummy saya, then pulang semula kepada Zam turn dia tunjuk pada mama dia dan seterusnya ...wait for 31th August 2012........yebba,yebbaaaa !

*Musti ada diantara korg yg lagi arif dan ada kenangan semasa pilih/beli cincin kan..mari la share2







*we all bertunang on 31th August 2012 nih..we all tak de majlis, just perbincangan dan bakal mak mertua sarung cincin kpd saya, semoga dipermudahkan segalanya, AMIN !




#chilwriting#