Pages

Wednesday, September 5, 2012

we Officially ENGAGED


drumm roll pleaseeee...

syukur kehadrat ilahi pada :







Alhamdulillah,segala puji bagi Allah S.WT,tuhan semesta alam, saya sudah di"tanda" by incik Zam.
Segalanya going smooth as planed by both party. Wajib diingati, BELUM SAH, ianya hanya tanda ikatan "one step closer to the next step"

Thanks to those unexpected "helping hands" in the kitchen. as i told u earlier, my mom just giving a "pengkhabaran" (bukan jemputan) fasal pertunangan kepada abag dan adik berdiknya sahaja, Paklong, Pak teh, Pak njang,Mak Ude, Mak Lang, Pak cu. They was unexpectedly came to my house except pak teh,pak njang,mak lang-they not able.Pak cu+Mak cu as they planned-mmg nk dtg beraya bt it was double happiness for them, Mak Ude+Pak Ude - planned just for sleep over before going to Pak Ude cousin son wedding at Kuala Kangsar, so masa majlis hanya tinggal Pak long + Pakcu je. Pak long pula,mebi free and memikirkan abah saya no siblings,so he accompanied until habis acara.

i felt so lucky sbb, kedatanagn adik beradik mummy mengkaburi rombongan meminang, alhamdulillah, motif saya+zam "MERAHSIAKAN PERTUNANGAN" dan "MAJLIS TERTUTUP" tercapai apabila a few jiran2 "kepoochi" balik kg dan ada yang berjalan2 sbb cuti Kemerdekaan Cuma macik tepi kanan rumah je terhendap- hendap,xpe ada reason kukuh ada if they asking.."adik beradik mai"..they dont recognize pon.

Mom best neighbor/friend .. Mak Chaq were helping much on my last minute request (syukur it's going smooth), apa saja request ada ! nak tepak sireh, nak bantal nikah..heeehee..even she not able to come, she the only 1 neighbor yg tahu fasal pertunangan saya. Mak Chaq is not a typical "macik2 kepoochi" she silent person. She mom's ears.

Ketibaan rombongan pihak lelaki pada pukol 11pg. Orang tua hanya berempat, Mama+abah Zam,Pak Lang+Mak Lang. adik2 Zam 3 orang dan anak Pak Lang sorang. Jumlah 9 orang termasuk Zam. This what we both called "MAJLIS TERTUTUP", tak perlu ramai-ramai, ini adalah urusan peminangan/pertunagan bukan pernikahan. Buah tangan saya plan ngn zam, sampai je depan pagar, makcu dan adik2 saya sambut dan terus dorg cari parking,tidaklah obviously seen by neighbor even ada blik kg, mana taw ada a few yg kebetulan keluar sidai kain kan.

Wakil keluarga saya- Tok Lang,memulakan bicara dan terus straight to the point,sementara saya,disorok terlebih dahulu..duduk kat dapor..kihkihh..sambil mendengar butir bicara dan lawak jenaka mereka, Zam turut dalam acara, senang, supaya tiada misunderstanding perihal minute perbincangan kalau disampai oleh pihak kedua. and Tok Lang kata senang nk interview tuan punya badan..spt :

Tok Lang    :  Betul ke nk menyunting anak En. S***** ??

Zam             : betul ! 
   
Gitulah gambarannye,saya tak tahulah Zam tu berpeloh ke tidak,Zam ni gamble to death punya person.
habis je discuss, cuma date je belum ada kata putus yg tepat, Tok Lang serahkan kepada kedua Bapak masing2 untuk berhubung mengenai ini, bulan tu dah nmpak samar2..hehhe Tempoh Pertunangan adalah kurang dari 12 bulan.

Sarung cincin time!! nerbes, siap bleh nyorok belakang adikku yg berbadan beso dan tinggi, sbb salah timing,terawal..macam eksaited pulok..cissss..nebes tgk muka mama Zam yang agak garang mukanya. Maka tersarunglah cincin dijari MANIS ku skng. (now tak pakai la, zam pesan,pakai bile majlis2 keluarga or yg ada kami berdua je,selain tu tak payah,risau jatuh sbb longgar)  

Pesan Tok Lang diakhir acara :

"PERTUNANGAN BUKAN TIKET UNTUK BEBAS, MASIH BELUM SAH, DIBAWAH PANTAUAN IBU BAPA, JAGA HUBUNGAN"

perfect timing- habis acara dalam kul 12 lebih, pot pet2 bukan lama sgt pon, sbb semuanya sudah dibincangkan oleh kami sblm kedua2 family bertemu+bincang+announce butir penting secara official depan wakil  masing-masing.


MENU  

Nasi putih
Lauk masak Lemak labu
Ikan goreng
Ayam berempah
Ulam ulaman- timun,kacang botol/kacang kelisa,selom
Sambal belacan

Kuih muih- cucur badak+agar2 gula melaka

Air - Sunkist and Teh O


 hidang style gini je..tebar lauk pauk atas kain saprah


BUAH TANGAN 

Pihak lelaki 
Cincin
Tepak sireh (mama Zam bungkus pakai handkerchief)
Buah-buahan
Biskut
Kek
  
Pihak Perempuan
Tepak Sireh 
Kek (mom home made)
Muffin (Mak Long made)
Biskut- kuih raya (all home made)
Agar- agar (dalam gambar xde sbb blum keluarkan dr fridge)



               
BUAH TANGAN jer..
ni la org dok tunggu2 kan..sambil menjeling 
"ape je hantaran nye??" (gaya makcik2 kepoochi sgt!!..hahaha)

ahah..yg berbakul2 bagai tu, belah lelaki,(bakul tu sebab sepupu Zam punya, Mak Ngah dia bg, dan kata abah Zam,sebagai adat, pihak lelaki yg hendak datang kene bawa barang dan pompuan tak perlu membalas) tp mane boleh kan..kene jugak..since we both dh tahu.yg simple gile tu..belah perempuan, say no to ribbon2,no berhias-hias.no beria2. tunggu nikah bru nk beria..

mlm sebelum tu Zam wat video call tunjuk apa dia nk bawa, waaa terkezut derrrr..janji kate xde hias2 bagai, tu dia tunjuk berbakul berhias2..mau tak pitam den time tu !! pastu dia call kata tak la semua, tu bekas hntaran si cousin dia yg kawen bln 5 itu hari. Sbb kami jnji segala xperlu bazir dgn hiasan2 remeh temeh. Since bakul2 tu sponsor, so zam pon kata la,"as we promised la,jgn risau,sbb kami lelaki yang mendatang,awak sambut je,ala lantak la org nk cakp,family awk+saya dah setuju tu kira ok la " Alhamdulillah.. sesimple mungkin mengikut landasan pertunangan dalam Islam.. TIADA HEBAHAN + TIADA PEMBAZIRAN. 



nah,kami pecahkan ruyung dan pekung didada  !!

 

we are UTAGHA(utara) mai !!

so, pas nih, kalo ada sesapa  b2b or g2b asal dari TAIPING dan ALOQ STAQ.. marilah sharing2 bersama,  sebab mau cari vendor tu paham2 je la..limited time utk serbey ditempat sendiri..both of us berkoje di SHAH ALAM + CHERAS.menerusi blog ajoo lah yg boleh info dikumpol..hohooo..


teaser je dulu, gambo OP belom dpt lagi. Taiping Lake Garden.


pas makan2,tukar2 buah tangan, Zam meminta izin ibu bapa saya untuk bawa saya keluar, dan saya pon beritahu parent utk bawa keluarga Zam jalan2, kami ke Zoo Taiping, Outdoor Photoshoot sampai puas- kat lake garden lah wajibnye, and terus ke Kuala Sepetang melantak mee udang banjir.


Preview fasal attire, budget chill +zam or lain2 hal suka duka akan diceritakan kemudian la yer.. :) byk nk cerita klo ikotkan nih...mata dah xlarat dah nih.. :)



#chillwritings#
*malam tadi bapak bersama bapak diskus on the phone pasal date ! dgr2 both dan setuju ! Abah dah boleh book dewan dah..yipeeeee ! disebabkan tempoh pertunangan adalah dibawah 12 bulan, kegigihan kene bermula sekarang !!

Thursday, August 30, 2012

Photo-shoot Props for engagement



Since we have a simple gile-giler punye engagement ceremony, so i put afford on photo shoot session, yes ! nothing much!  but PICTURE WORTH a THOUSAND WORD. so mengigih design props untuk photoshoot pukol 2 pg tadi. 


so progress pagi tadi adalah seperti diatas ini, tp just now sudah di print.. so tggu je outcomenye ye.. can't wait oooooo...

rujuk gambar diatas :
1 - adalah quotes2 yg dikumpol sblm mendapatkan the right+suit font
2 - Tag2 yg tonggang langggang (belom siap lg time tu..hihii)
3 - research and contoh2, ada 2 piece dari kawan saya jugak.




*tgh nerves gak nihhh..Zam dah blik kg dari hr selasa tu lg..saya?? jap g kua opis trus cabuttttttttsssss ke pudu

Wednesday, August 29, 2012

raya dan pertukaran tarikh


Belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua.Syawal kan sebulan..hehhe..

Raya kedua, family saya didatangi "seseorang" ke rumah, menyatakan hasat pertukaran tarikh pertunagan. APA?? tukar lagi?

haha..postpone ke 1 SEPTEMBER 2012, so tak jadi on 31 AUGUST 2012 spt yg saya gemburkan dalam entry sblm ni. Sebab mama Zam tu bru realize, 31 ogos itu adalah hari JUMAAT.. makanya parents saya pon bersetuju.ON aje,tukar ke next day. 1 September 2012, klo buat jumaat,masa akan tergangu sbb time kaum2 Adam hendak menunaikan Solat Jumaat.



So, mlm tadi mummy menghabarkan berita pertunagan saya kpd adik beradik, Pak Long, Pak Teh, Mak Ude, Pak Cu. dan menyatakan "kami buat macam org dulu2, tak de hantaran, jiran2 pon tak jemput, kedua belah pihak laki perempuan sahaja-majlis tertutup".. Alhamdulillah, rata2 mak pak sedara saya, OK je malah dorg lagi suka cara pertunagan macam ni.


calender 2013 diberi kepada kedua belah family untuk memudahkan perbincangan tarikh 


My preparation? Just baju kurung,kain yang dibeli oleh Incik Zam masa outstation awl tahun dlu, and a few props yg saya perlu design + print untuk kegunaan photoshoot dihari kejadian. 

Alhamdulillah segala perjanjian setelah disepakati, bukan mudah tetapi berkonsepkan stick to the plan
antaranya:

TIADA HANTARAN hanya BUAH TANGAN
keluarga rombongan(pihak Zam) selalunya tidak akan datang dengan tangan kosong, makanya, tuan rumah (pihak chill) juga turut menyediakan buah tangan untuk pihak rombongan bawa pulang. kami meletakkan SYARAT - TIDAK PERLU BERHIAS.. bring as it's. Bapak Zam kata,xperlu balas pon ok..but tidak lah sedap gitu kan..my mummy wanna bake her signature cake - Chocolate cake


JUMLAH ROMBONGAN
Tuan rumah perlu mengenal pasti jumlah kepala/Orang bukan KERETA.. boleh jadi 1 kereta naik sorg/berdua or  seramai mungkin,betul? kadang ada yang kata "kami datang 2 kereta" rupa rupanya kerete dimaksudkan adalah van or MPV.. boleh bygkan tak berapa yg akan turun dr perut "kereta" tu??

Ok..kira jumlah kepala/orang

kami amik pendekatan, MAKE SURE tiada penambahan or pengurangan org, jadi tidak menyusahkan pihak tuan rumah untuk menyediakan makanan..jikalau kurang makanan,tu yg buat tuan umah gelabah dan berpeloh makanan tak cukop .. kalau makanan lebih takpe!

 _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _


Chil+Zam belajar dari pengalama orang lain dan sedara mara terdekat, jadi sbb itulah kami membawa pendekatan baru untuk memudahkan, selalunya bila kata je nk BERTUNANG..confirm akan ada yg "IKOT" secara tiba-tiba kan..ini selalu terjadi..(maklumlah org melayu!)jika anda berada di pihak tuan rumah tidakkah anda merasa terkejut mahupun malu, jika tempat or makanan yg disediakan tidak memenuhi seramai rombongan yg datang?? Rombongn akan kata memeriahkan kan majlis, tetapi tuan rumah akan "terasa" ralat, so silalah amil kira ini semua untuk tidak menyinggung  mana2 pihak.

Moral of the story : kalau dgr sedara mara/jiran hendak meminang anak org, tidak perlu terhegeh2 nk ikot, melainkan anda DIJEMPUT.


untuk jumlah org yang datang..Segala update dari Zam saya sampaikan kepada parents..apa yang penting KERJASAMA ! (nada wonder pet)





*i dunno how to put it center of this page :p








*kami mengambil jalan semudah2nya untuk tidak menyusahkan diri kami dan pihak keluarga,doakan segalanya dipermudahkan, dilancarkan Allah S.w.t menuju ke hari bertunangan kami dan full of barakah.


#chillwritings#

Monday, August 13, 2012

RING hunting for my 31th

Salam Ramadhan yg ke 24



Moga hari ini kalian semua diberkati hendaknye, let me postpone kisah ke Bandung untuk memberi laluan yg lebih priority iaitu pencarian cincin or ring hunting..ke 31th? oh no..that my date not my age.

our engagement dah tak lama dah,one week after raya, so ada 2 minggu dari sekarang.

Bertuah hidup dizaman IT ni, tak tahu je terus ke search engine yg dipercayai.."google"  taip apa saja,selain daripada itu,bertanya kepada ibu masing2 untuk kepastian, mak2 ni power bab2 brg kemas.

Seriuslah this is the 1st time ever our entering "kedai emas" dgn ilmu emas yg tipis dan "bismillahi tawakkal tu alallah"sahaja terkumat kamit dibibirDugaan buat kami adalah cuti masing2 tak sama, Zam sgt bz,Allahmdulillah cuti Nuzul Al-quran,memanjangkan cuti kami, weekend tu just terjah kedai emas,terjah..terjah..dari shah alam.kl,sampai la kuala pilah..ring hunting namanya ! (cerita minggu lepas bru nk cerita mingu nih..)

Org lain 1,2 bulan dah g cari,we'all super gamble je, last weekend ahad+isnin (cuti Nuzul Al-Quran) kami settle beli 2 bentuk cincin !! masih dalam terkebil2 tp cincin sudah digenggaman.

Perancangan awal dalam kepala adalah utk engagement ring je, but tup2 Zam kata, beli je la sekali, emas makin naik..Naaahhhhh, terpinga2 la saya.. org yg tak pernah pakai brg kemas.




servey jgn tak servey,kegigihan dikala last minit kene jugak wat comparison.



Tips membeli barang kemas


  • Servey harga emas semasa 
  • Tanya kos upah pada setiap kedai- setiap design adalah berbeza kos upahnye.
  • kenal pasti kedai yang berada di bawah FGJAM  ataupon tidak,kalau di Kuala Pilah ,Negeri sembilan, mereka tidak ada harga standard spt kedai2 emas yg dalam persatuan, so lg murah sebenarnya.
  • sebolehnya2 servey 1,2 bln sblm (but we 2 hari..unbeliveble!)
  • buat research and tanya mak korang

cara kiraan harga sebentuk cincin

berat emas X harga 1 gram + harga upah = dapt la rege sebenar sebentuk cincin tu

contoh : 4gm X RM154 X RM45 = RM794


ayat lazim bila masuk kedai emas...sila berlagak skit macam "anak mami", klo rasa macam SA(sale assistance) wat muka kekwat sila lah blah.


ayat "anak mami celop" macam saya,

"saya nak tengok cincin 916 yang ada muka (muka maksud disini adalah yg berukir cam berbunga2)
"sekarang 916 berapa?"
"upah cincin ni berpa?
"nak tgk cincin batu, yang zirkon dgn yang diamond.
"saye nak cincin 916, tak mau ada chrome yer" (chrome-lapiasan warna silver yg disadur diatas emas 916)


contoh : cincin belah rotan berlorek/sadur chrome

ini sgt nipis, picit skit dah kemik

org cina kedai kata ini cincin ada "muka" (corak2) macam "mak2" this is sooo not me !




CINCIN BERTUNANG

Since we xde risik2,terus bertunang, my mom suggest beli cincin belah rotan,mencabar sbb saiz jariku adalah 8 atau 9 depend on design, p sana sini, design macam "mak-mak" corak, lorek bagai,adoi, by that time terus tahu minat cincin yg macam mana, i love band ring,clean,plain, sbb tebal dan baru rasa seperti pakai cincin,sbb iam worried if i missing the ring sbb design yg nipis.

lebih kurang gini,iam so simple person

Sebab apa cincin 916 jarang yang berbatu permata sbb emas jenis ini adalah lembut,tidak kuat utk "memegang" batu permata. untuk mememilih cincin belah rotan,pilihlah yang tebal dan padu,kalau yang terlampau nipis, cepat kemek.

ayat saya : "aunty,saya nk yang tebal yer" (bile tebal confirm lah berat kan, since Zam on je..i pon rembat !) saya mementingkan kepaduan emas dan kelebaran, sbb kalo nipis dan lebar macam tali tangsi,rasa cam tak pakai cincin pulak,mungkin tak perasan kalo lolos dari jari. Zam pon tak setuju ngn cincin belah rotan yg berlorek,corak bagai..dia rasa cam "macik2" me also..ahhah..


     

CINCIN KAHWIN (AKAD NIKAH)

Untuk cincin kawen,my mom and Zam suggest yang ada batu,lain skit dari cincin tunang.since Zam suruh beli on the spot,saya pon cam blur2, but ssh jugak nk buat keputusan since byk yang cun2, terus saya meletakkan kriteria seperti, design simple,mesti tebal,tak mahu ada lopong dibelakang cincin,mean i need yg padu dan tak mahu jenis batu yang di ikat tinggi ( sbb boleh tercarik baju ) saya memilih batu yg dibenam.

diikat tinggi,ni bahsa saya la..hahaha

camni la yg batu terbenan,rata je


and cincin ni saya rasa, Zam yang pilih and at the same time dia tanya "ok tak yang ni?", saya blur tp masih ikot guideline yg saya tetapkan, saya tgk dan compare2 dgn cincin2 yang SA keluarkan. pilih2, Dan kami berdua pon setuju dgn 1 design ni..mmg ikot kriteria.

but actually batu utama tu tidaklah terbenam sgt agak timbul skit dt batu2 sampingan, so belek2,tgk kepaduan..me proceed, and Zam kuakan duit..ngehh..ngehh..cincin nikah/kawen saya  adalah emas 750.

___________________________________________________________


actually saya tak berapa kisah fasal "brand", iam preferred keberatan emas,design, dan kemurahan upah yg boleh tawar menawar. Example cincin tunang 916 saya yang padu dan tebal tu klo ikot rege Poh Kong, Habib,Tomei untuk 3grm++ (saye xmau nyatakan gram sebenar,nnti org igt saya nk menunjuk tp perumpamaan la) sudah mencecah RM800++, but we just buy at the ordinary goldsmith at kuala pilah, but woww ! siap boleh tawar2..design yg sama dan boleh dapat 60% to 50% dari harga kat bandar or kedai emas yg masuk persatuan. Design+berat sama, rege siap bleh tawar..mana mau..pilihan ditangan anda,kotak? bleh cari lain..heheh

ni harga kat kuala pilah, klo kat kl 916 1gram 185/180..bandingkan sendiri


process pemilihan, sampai kebas jari !


saya rasa nilai cincin tunang saya lagi mahal dr cincin kawen sbb cincin tunang 916..cincin kawen 750 yang diamondnye klo ditimbang atas timbangan desimeter xdapat baca bacaan sebenar 750, but then bile pikir balik..bukan la cincin2 ni nk ditrade in,cuma saya terfikir cara pelaburan plak..hehhe kalau nk buat pelaburan iam prefered 999, 916.

"Alhamdulillah, settel dua benda dalam 1 hari" kata Zam



Zam suruh saya pegang dlu cincin tu, and klo dalm gengaman saya dok dalam bilk asik try2 je le kejenye.blur2 pon akhirnya dah begaya2 depan cermin sorang2, jatuh cinta jugak dgn cincin kawen pilihan mata Zam dan atas persetujuan bersama juga..huhuuu..

Raya ni saya bwk balik 2bentuk cincn tunjuk kat mummy saya, then pulang semula kepada Zam turn dia tunjuk pada mama dia dan seterusnya ...wait for 31th August 2012........yebba,yebbaaaa !

*Musti ada diantara korg yg lagi arif dan ada kenangan semasa pilih/beli cincin kan..mari la share2







*we all bertunang on 31th August 2012 nih..we all tak de majlis, just perbincangan dan bakal mak mertua sarung cincin kpd saya, semoga dipermudahkan segalanya, AMIN !




#chilwriting#

Tuesday, July 31, 2012

Perihal Lace dan kain

Salam Ramadhan, Salam Ogos

Lamanye saya tak berkomentar kan sini, dah tinggal lama nin macam2 la nak diborakkan,buat pengetahuan saya dah pon balik dari Bandung. 

sebelum cerita lanjut fasal Bandung, nak cerita kisah SEBELUM

                                                                         ini french lace kot?

Buat pengetahuan semua, iam not very the gegirl or fashionaista yang arif fasal kain2 dan lace2 bagai nih, seriously me BLIND of  lacey + fabric thingy . Preparation sebelum nk ke Bandung adalah menjelajah kedai2 kain, ke Jakel dan kedai-kedai kain yg sepatutnya.Study la kononye

Round2 Jakel tingkat 4- Bahagian kain2 pengantin, confirm saya ni bagai "ratu diserbu rakyat jelata" (promoter mengekor) jadi dia tanya saya jawab dan mata meliar melihat2 pilihan2 lace yg berada di rak2. Saya dan zam kelihatan blur masing-masing.


4 Meter Lace, 4 Meter Satin, FREE 4.5 Meter bju melayu RM 280..murah ke mahal??


 1 meter RM120, RM250, RM400, RM900 !! apakah? kalo pakai 4 meter? fuhhhhh

 oh tidak berminat !

the lace is to big for me, nampak rendah !

SERIOUSLY 1 pon xde yg menarik perhatian mata saya.. i was like, berlalu tanpa perasaan, dan faktor harga lace yang ditawarkan utk 1 meter membuatkan saya rasa... "mak Oiii RIDICULOUSnya !" lawanye idak, serabutt je(pada mata saya la), ataupon sbb utk nikah mmg dah decide nk pakai jubah or kaftan aje..haa..xkan la veil xpakai lace kan? serious la, saya memang tidak paham penggunaan dan perletakan lace dan or do i not a woman enough seeing this stuff, iam not going crazy about it.

and my thought also, "awat laa..baju nikah nak labur sampai ratusan ringiit?? end up ko buat baju kurung moden or kurung biasa jer", nak2 lace, gigih ke nk pakai pas kawen? kain dah beratus2, upah lagi ? tailor,klo cakap je baju NIKAH,(walaupon just buat baju kurung biasa or kurung moden) tudiaaa, dia belasah rege bju NIKAH. aih melampau kan? ..sorry la..iam not a girl yg pakai bju kurung sgt..ahhaha, kain pon masih mak belikan, that's a lack.now dah keje tak la..beli sendri tu pon xde la pesyen2 sgt.


what we find out is :
  • maybe date nikah,kawen kami lambat lagi, plus..belum bertunang-we feel loose skit(main2..ahha)
  • preparation pasal design baju masih tidak tetap
  • baju lelaki senang je, baju perempuan leceh (cuz to much fashion dan fabric)


apa yang bagus utk kami adalah :
  • mengetahui ukuran baju kurung- basic - bidang 60,3.5meter, bidang 45,4meter
  • baju melayu - basic 4.5-6 meter bergantung saiz dan bidang
  • kalau nk berfesyen2 skit bajunye kene refer tailor or org kedai kain, berapa meter kain diperlukan utk design yg dicadangkan.
  • mengenal skit2 jenis lace dan fabric. Lace ada washable-kite bleh basuh sendiri, non washable- kene dry cleaning. French lace, beaded lace, border lace, and byak lagi yg kami xdiscover..huhu


end up Zam memberi saya pendapat dan tips :
  • Segalanya akan menjadi lebih serius selepas bertunang (insyallah lepas raya)
  • Cari design Baju Nikah, Sanding, tandang - details about it
  • Pergi ke tailor or kedai kain, tunjuk design dan suruh dorg decide fabrik yg sesuai dengan design (so xperlu cari randomly)
  • Misi mencari akan bermula dgn sungguh2.



*cerita diatas adalah kisah sebelum berangkat ke Bandung.Mood tension sbb xreti fasal fabric+lace2

       ni masa di Bandung  tu dia..depa sale Sifon Cerutti RP 15,000(lebih kurang RM5) per meter 


*by this time saya dah faham penggunaan lace dah beli magazine byk2 dan tengok2 baju raya yg bersepah dijual di merata2 mall. Design pon macam dah tetap skit tp belum kukuh sepenuhnye dan sebelum raya tu p hantar baju raya kat tailor rasmi keluarga saya dan tanya pendapat, she giving me good advice. 


 #chillwritings#


Tuesday, June 12, 2012

Bertunang Punya cerita !

kami dah bertunang..kami dah bertunang..hoyeah !



ohoii..belumm lagi..belum lagiii...

Alkisahnye,setelah sekian lama bercinta(lama ke?) kami berdua merancang membuat keputusan untuk bertunang yg sepatutnye adalah hujung bulan 5 itu hari..TETAPIIIII.. Rombongan TAK JADI DATANG !! ok tak sedih pon ceritanya, sbb Zam outstation memanjang,saya pulak berkeje that date yg sepatutnya aku "ditanda". Opss jgn fikir bukan2, selalunya klo tunang xjadi org akan "berangapan" macam2, but both of us relax and cool je..Allah ada,kami yakin tak da apa2 pon dgn significant yg berlaku tu...

Plan asal kami berdua adalah mengadakan majlis pertunangan yg serba sederhana dan simple tanpa menyusahkan kami dan pihak kelaurga masing2. Alhamdulillah kedua2 keluarga bersetuju, both our parents ROCK yeah..yeahh !!

Plan Pertunangan saya +zam adalah seperti berikut : 
  • Cincin Pertunangan
  • Tidak ada Hantaran
  • Tidak ada Majlis
  • Tidak Dihebahkan
  • Orang penting sahaja yg patut ada
Segala perancangn kami berdua,kedua2 keluarga bersetuju.. Happy OK !!

Zam Side
  • Cincin Bertunang
  • Ahli keluarga yg PENTING ( mak+ayah) beserta WAKIL *parents saya syaratkan sebijik kereta saje,lantas family Zam juga kata tak dak hal,beresss..amin..alhamdulillah.)

Chil Side
  • Ahli keluarga yg penting ( mak+ayah) beserta Wakil - Tok Lang and Maklang
  • Jamuan makanan utk rombongan
Nah,,simpel je both of our family !! ikot adat susah, ikot islam memudahkan !

But then Zam dtg rumah saya dan berbincang face to face (awl bln 6 itu hari) ngn parent saya dan tetapkan tarikh betul2 utk Zam hantar rombongan meminang yg sebenar2nya ! 

Kata sepakat dari mulut kelurga Zam kepada parent saya sudah  pon termaktub, TARIKH BERTUNANG SUDAH ADA! Insyallah bulan 8 amin.. So far, org disekeliling saya sapa pon tak tau,melainkan kami sahaja, i'll keep it silently..kt blog je saya war war kan :)

Can U see that?? why  Islam is simple? 

Based on Kes Zam tak sempat nk hantar rombongan hujung bln 5 (dan saya turut bekerja ) yg saya cite kt atas tu ...
  • Tujuan Tidak Dihebahkan  - (fitnah masyarkat sekeliling)
    • kalo kami hebah? korg fikir tak apa impak kepada kelaurga saya(blh pompuan?) jiran sebelah,belakang,depan, macik pacik..confirm tertanya2, dan dah buat fitnah dan aib atas saya dan keluarga,tentu punyalah, org Melayu..paham2 je la.."tu tak jadi datang meminang ..ada la tu.." pot pet..pot pet..
    • saya dan family, mahupon Zam tidak akan stress ngn benda2 yg tak berfaedah( org mengata,bertanya dan "berangapan")
  • Tidak ada Hantaran Pertunangan
    • kami tak mahu menyusahkan diri kami sendiri+pihak kelaurga - Skip this for actual Majlis..
  • Tidak ada Majlis
    •  Kalo ada majlis, mak+ayah dah tempah ketering, sapa mau tangung sbb kes robongan tak jadi datang tu? tamu mesti tertanya2 kalo sudah dijemput..bila org ramai sgt mudah membuka ruang fitnah
  • Orang penting sahaja yg patut ada 
    • Mak+ayah kedua belah pihak dan wakil kedua belah pihak..in kes tgh jln  "tak menjadi",aib kedua2 keluarga terbela..

(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)
 
"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) pernikahan/perkahwinan."


Sila cari dalam youtube - klik  Ustaz Don Daniyal - Kesan Heboh Pertunangan


Ustaz Hasrizal (rujuk di sini):

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."

 Both of  us anak sulong, selalunya kedua2 parent beriya kan?? Tapi its not happend to both Our family, bersyukur sgt2,,apa yg dorg tahu dorg nk NIKAHkan kami je..! Selalunya bila Sesebuah keluarga yg baru 1st time buat kenduri, confirm tetamu akan ramai..so jimatkan duit untuk majlis kelak.

Kawan2 saya pon ada yang bertunang senyap, saya langsung tidak kisah, sbb bertunang tu urusan kedua family mereka.

Sebenarnya generasi kita lah yang akan mencorak generasi akan datang..mana adat yang tak patut tu,xpayah turunkan adat melebihi dari tuntutan agama Islam.




*Lain Orang Lain cara, terpulang.Ikhlaskan niat dihati, moga Allah memelihara kita semua dan menunjuki yang terbaik buat diri kita


#chilwritings#

Monday, June 4, 2012

OUR PLANNING


Serius tak tau nk start camne.we all start with out planning dlu la yer. Since our planning are like jump sana..jump sini..cam ikot suka hati kami je..kihkihhh


ENGAGEMENT/Pertunangan

we plan to do simple Engagement, just hantar tanda dan berbincang terus pasal hantaran+date.
chil&zam sgt la bersyukur both our family are rock and roll !!
 
Plannye hujung bln 5 ari tu, sbb zam outstation by last minit and me also, but we still relax2 and chill family suruh percepat, Zam family kata xmo engage lelama lambat skit tak pe..hoh camno tu?

tak pe we'all calm and relax je...sbb we'all ada planning lain..kahkah.. *gelak jahat

*ok..we'all akan ceritakan ini di next entry..hihiii

current mood :
  • dah settle isu pilih date engagement ngn bapak saya ! yey! Zam berjumpa ngn bakal bapak mertua..ketaq lutut dak?? hahahah
  • Start study pasal emas2 dan barang kemas !!


SOLEMNIZATION/Nikah

Belum pon bertunang udah sibuk pasal nikah?? yer..kene la sibukkan wlopon kata date kata putus belom ada ROUGH PLANNING kene ada jugak ok.. since both kedengaran akan berbincang utk langsungkan tgh tahun depan,2013


 Source : Rizalman Ibrahim



current mood :
  • tgh study pasal fabric..both of us tak arif sgt pasal kain kainan nih..
  • idam kan solemnization attire yg simple and within budget yang pasti buleh pakai blik pas nikah 


BRIDE RECEPTION/sanding (Chil)

Idam yang simple, DIY, yang pasti within budget, sbb blom tahu sama ada nk buat dirumah or dewan, maka bleh research dibahagi kpd vanue..dirumah dan didewan..google je roughly
My Mummy said "eh anak dot dot dot pakai songket ..cantik!" aku pon jawap.."opss Zam sudah pilih itu tema mummy, belah kite, nk pakai Dress dan dia Coat. English gitu .. !



current mood :
  • mengoogle,research segala macam tetang hal berkaitan,
  • membajet ! mencari apa yg boleh dibuat sendri mana yang tidak boleh ( so far dah list down)
  • Reseach DIY things yang boleh dipakai balik selepas majlis


GROOM RECEPTION/Bertandang (Zam)

Zam Sudah pon membuat rough idea pasal theme,sungguh eksaited dan konsep yg nak diterapkan,mak ayahnye which is future parent in laws setuju. Alhamdulillah,,but then still in idea.

Zam mmg sukakan konsep Melayu dan  of course bersuasanakan Melayu.Deco also ciri Melayu
Zam dah design kad kawen !! bln 2 itu hari dah tunjuk kt parents..advance kau !! but as i said just rough idea..




source : klctOLX

current mood :
  • memberi idea deco kpd bapa,gigih beli buku Laman Impiana..wahlah parents dia dah beli dlu edisi tu dari Zam..kihkihh..
  • membajet ! mencari apa yg boleh dibuat sendri mana yang tidak boleh (so far dah list down) 
  • Research DIY things yang boleh dipakai balik selepas majlis
  • tiba2 Zam text me..one of our friends dah buat Bride attire cam Zam impikan 2 May 2012,Sabtu,kemarin..maksudnye bju saya untuk bertandang..terbakar skit Zam sbb idea tu dah dibuat kawan2 ..dia kata tak pe, stick to the theme and i will find design lain.. (*gambar diatas tu bukanlah yg spt Zam maksudkan..tp iras2 skit..and aku pon sgt suka  tgk wedding attire kwn aku tu )



HONEYMOON/Bulan madu

Opkos la we all udah standby bab2 ini, maksud saya..segi duit, tempat je tak decide lg..kalo bleh nk g tempat sesejuk, but Zam dh warning, jgn  time winter !And dia kata .."if choose winter then u know la..if frost,kemana pon xbleh pegi, dalam bilik je la memerap," katanya..


chil   : hanimun nak main ski skali lah...
Zam : nak hanimun ke nak vacation biasa? main sorang2
chil   : tsk..tskk..tskkk...

pastu saya pon redha dah pasrah,season pilihan adalah Autumn or Spring only ! and Zam kata if our Wedding Date jatuh pada Summer season "di negara pilihan itu", optionnye

 1st pegi the nearest neighborhood country or dalam Mesia dlu. Kire cam Pre-Honeymoon ke gitu??

2nd bru lah ke tempat sesejuk gitu..Ni bru kire Honeymoon betul

actually but for memorable moment,  i really need a special place to spend together..



 Autumn

Spring

Finally..tapi rasanya belom final lg kot..kihkihh.. Dalam bab Honeymoon saya diberi mandat oleh Zam utk memilih negara mana and he put 100% trust on me..yipeeee but then i have to ask him also, so i need win-win situation, nk both of us puas ati tempat yang dipilih.. once date dah decide..saya akan terus reckey fligh fare !!

 *as usual cam nk p vacation je sbnrny..kami ni kaki berjalan so insyallah,takda hal since we are not choosy sgt ..tp for honeymoon i need special place to set the mood of romance



* * * * * * * * *


we both love minimalist+simple, so we also so cerewet bab colour,style,design and everything, since we are in a same field.Alhamdulillah, senang nk bincang,Zam  pandai tgk style apa yg sesuai ngn tak sesuai utk saya mahu pun dia. Masa sgt pantas berlalu..maka,persediaan awal amat la perlu utk realisasikan impian masing-masing.




 #chilwritings