kami dah bertunang..kami dah bertunang..hoyeah !
ohoii..belumm lagi..belum lagiii...
Alkisahnye,setelah sekian lama bercinta(lama ke?) kami berdua merancang membuat keputusan untuk bertunang yg sepatutnye adalah hujung bulan 5 itu hari..TETAPIIIII.. Rombongan TAK JADI DATANG !! ok tak sedih pon ceritanya, sbb Zam outstation memanjang,saya pulak berkeje that date yg sepatutnya aku "ditanda". Opss jgn fikir bukan2, selalunya klo tunang xjadi org akan "berangapan" macam2, but both of us relax and cool je..Allah ada,kami yakin tak da apa2 pon dgn significant yg berlaku tu...
Plan asal kami berdua adalah mengadakan majlis pertunangan yg serba sederhana dan simple tanpa menyusahkan kami dan pihak kelaurga masing2. Alhamdulillah kedua2 keluarga bersetuju, both our parents ROCK yeah..yeahh !!
Plan Pertunangan saya +zam adalah seperti berikut :
- Cincin Pertunangan
- Tidak ada Hantaran
- Tidak ada Majlis
- Tidak Dihebahkan
- Orang penting sahaja yg patut ada
Segala perancangn kami berdua,kedua2 keluarga bersetuju.. Happy OK !!
Zam Side
- Cincin Bertunang
- Ahli keluarga yg PENTING ( mak+ayah) beserta WAKIL *parents saya syaratkan sebijik kereta saje,lantas family Zam juga kata tak dak hal,beresss..amin..alhamdulillah.)
Chil Side
- Ahli keluarga yg penting ( mak+ayah) beserta Wakil - Tok Lang and Maklang
- Jamuan makanan utk rombongan
Nah,,simpel je both of our family !! ikot adat susah, ikot islam memudahkan !
But then Zam dtg rumah saya dan berbincang face to face (awl bln 6 itu hari) ngn parent saya dan tetapkan tarikh betul2 utk Zam hantar rombongan meminang yg sebenar2nya !
Kata sepakat dari mulut kelurga Zam kepada parent saya sudah pon termaktub, TARIKH BERTUNANG SUDAH ADA! Insyallah bulan 8 amin.. So far, org disekeliling saya sapa pon tak tau,melainkan kami sahaja, i'll keep it silently..kt blog je saya war war kan :)
Can U see that?? why Islam is simple?
Based on Kes Zam tak sempat nk hantar rombongan hujung bln 5 (dan saya turut bekerja ) yg saya cite kt atas tu ...
- Tujuan Tidak Dihebahkan - (fitnah masyarkat sekeliling)
- kalo kami hebah? korg fikir tak apa impak kepada kelaurga saya(blh pompuan?) jiran sebelah,belakang,depan, macik pacik..confirm tertanya2, dan dah buat fitnah dan aib atas saya dan keluarga,tentu punyalah, org Melayu..paham2 je la.."tu tak jadi datang meminang ..ada la tu.." pot pet..pot pet..
- saya dan family, mahupon Zam tidak akan stress ngn benda2 yg tak berfaedah( org mengata,bertanya dan "berangapan")
- Tidak ada Hantaran Pertunangan
- kami tak mahu menyusahkan diri kami sendiri+pihak kelaurga - Skip this for actual Majlis..
- Tidak ada Majlis
- Kalo ada majlis, mak+ayah dah tempah ketering, sapa mau tangung sbb kes robongan tak jadi datang tu? tamu mesti tertanya2 kalo sudah dijemput..bila org ramai sgt mudah membuka ruang fitnah
- Orang penting sahaja yg patut ada
- Mak+ayah kedua belah pihak dan wakil kedua belah pihak..in kes tgh jln "tak menjadi",aib kedua2 keluarga terbela..
(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)
"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) pernikahan/perkahwinan."
Sila cari dalam youtube - klik Ustaz Don Daniyal - Kesan Heboh Pertunangan
Ustaz Hasrizal (rujuk di sini):
"Pertunangan
adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan
perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa
pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat
ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik.
Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar
Khalil."
Both of us anak sulong, selalunya kedua2 parent beriya kan?? Tapi its not happend to both Our family, bersyukur sgt2,,apa yg dorg tahu dorg nk NIKAHkan kami je..! Selalunya bila Sesebuah keluarga yg baru 1st time buat kenduri, confirm tetamu akan ramai..so jimatkan duit untuk majlis kelak.
Kawan2 saya pon ada yang bertunang senyap, saya langsung tidak kisah, sbb bertunang tu urusan kedua family mereka.
Sebenarnya generasi kita lah yang akan mencorak generasi akan datang..mana adat yang tak patut tu,xpayah turunkan adat melebihi dari tuntutan agama Islam.
*Lain Orang Lain cara, terpulang.Ikhlaskan niat dihati, moga Allah memelihara kita semua dan menunjuki yang terbaik buat diri kita
#chilwritings#